Isnin, 29 Mac 2010

mula semula

malam ini aku mula semula ... mula semula berblog ... sebelum ini aku ada blog jugak ... tapi tak aktif (read: plus aku lupa username ngan password). tapi tiba2 nak menulis blog pulak ... tu yang buat baru punya ni ...

sebab apa aku tetiba nak tulis balik? sengaja? mengada2? mengisi masa lapang? atau sekadar main tekan2 keyboard? satu pun bukan jawapannya sebab .... aku pun tengah fikir ... mungkin aku mencari medium nak melepaskan apa yang aku rasa ... tapi aku tak nak blog ni jadi poyo (adakah aku poyo?)

ok ... macam best pulak tulis ni (sambil senyum macam bangga)

aku hari nak komen kat facebook sorang member ketat aku ni ... tetapi tak jadi nak komen sebab aku rasa komen aku macam ada kelucahan melampau (tak .. aku nak komen je .. bukan letak gambar aku pakai speedo pun). ke sebab aku tau yang mak dia sekarang pun dah add dia kat facebook, so aku jadi pemalu (aku memang pemalu ... diam! jangan gelak) ... sekarang ni golongan berpengalaman (kata ganti nama diri tua/veteran/berusia sebab nak jaga hati) pun dah pandai facebook. mak aku belum ada akaun facebook lagi .. lepas ni aku buatkan lah ... tapi tah genuine sebab aku yang letak semua bende. apa point aku sebenarnye ni? (tu pun tak faham ke?) maknanya golongan berpengalaman (takkan aku nak tulis maksud perkataan ni lagi? kau ni pun satu hal la) dah makin moden seiring dengan zaman, jadi guna facebook hati2 yer (kalau ko jenis macam aku la .. yang ada rahsia luar dalam) eheheheheeh (aku memang suka gelak macam ni sebab aku rasa diri aku macam best ... sekali sekala la)

lagi satu aku tulis sebab hari ni aku tahu satu bende dan dah kongsi pun satu bende ni ngan teman aku ... tentang percaya (kenapa? ko rasa cliche yer? ni blog sapa? ..... aaaa tau pun). dalam percaya kepada orang yang baik dengan kita, harus ada sikap berhati2 ... ianya bukan negatif yer tuan puan ... tapi adalah untuk kebaikan diri sendiri di kemudian hari. ni tak yah terangkan lanjut sebab kamu semua boleh tengok kat blog2 penceramah motivasi (penceramah politik tak payah).

tu je ari ni ... esok aku nak tulis lagi ... ermmmm tengoklah nanti .... ehehehehe (kamu tau kan kenapa aku gelak macam ni)

nitey2 (sambil peluk bantal ... sungguh la aku tak de teddy bear ok)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan