hari ini aku bangun tidur berbadan lemah ... tak tau kenapa ... mungkin effect dari cabutan gigi bertuah atau mungkin kerana perubahan cuaca ... skarang cuaca perlahan2 berubah kepada panas ... ini baru permulaan ... bulan lima dan enam dan tujuh nanti lagi teruk ... aduhai ...
mungkin juga aku nak demam ... tekak mula terasa perit ... hidung ala2 tersumbat ... kepala mula pening2 (stop ... jangan fikir bukan2 ... aku ber'belalai' ... mana boleh seperti yang kamu fikirkan) ...
mungkin aku perlukan rehat ... tapi hujung minggu juga aku dah berehat ... banyak rehat juga boleh menjadikan kita mandom ... apa? tak tau mandom? sila google ...
bahagian belakang terasa urat2 agak tegang ... adakah aku memerlukan massage? atau bekam? atau sekadar menampal koyok cap lada yang panas itu? (hmmm balik nanti aku cuba ... kalau sebelum ini pun ... hanya sekadar menyapu yoko2 dan menampal koyok ... hasilnya juga bagus)
terasa ingin dan perlu bercuti ... sungguh tidak sabar ... ah ... keenakkan roti telur ... mee gorang mamak ... mee bandung ... nasi ayam ... asam pedas ... lemak cili api ... ikan bakar ... kek secret recipe ... sup ayam mak aku ... alahai ... apa yang aku plan ni ... nak bercuti ke nak menambah lemak tepu dalam badan? hish ... aku perlu bersukan (sambil peluk bantal ... camne?)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan